Sunday, August 31, 2008

Kursus Aplikasi Theory of Constraints (TOC) 2008


Guru-guru sedang mendengar penerangan teori daripada Pn. Lucy.

Ini ialah contoh aplikasi TOC dalam P&P. Pelajar 6RK3, Siti Hairanizan, Edwin dan Aznil di Bilik Berita tv27 sedang menyampaikan berita tentang penemuan mayat berdekatan istana Pekan, Pahang.

Kelihatan wartawan Aleysius Singh sedang menemuramah wakil istana Pahang, Datuk Frikder berkenaan kes pembunuhan Go Hui (watak dipegang oleh Bong Tau Shin), seorang berbangsa Cina, warganegara Inggeris yang ditemui mati berdekatan istana, yang merupakan salah satu sebab Inggeris memaksa Sultan Pahang menerima Residen Inggeris sebagai penasihat dalam pentadbiran Pahang.

Wah! begitu bersungguh-sungguh kumpulan ini berbincang apa yang nak dilakonkan nanti.

Guru-guru sedang sibuk membuat persediaan untuk pembentangan. Jadi pelajar sekali lagi.

Cikgu Wilfred sedang mendeklamasikan sajak . Bersemangat nampak..

Ini pula kumpulan guru wanita sedang menyanyikan lagu 'Sayonara Jepun'. Hebat sekali lagu dan persembahan mereka. Boleh booking untuk konsert amal PIBG.

Ini Cikgu Milton sedang membuat penerangan apa yang kumpulan mereka nak lakonkan nanti.


Pak Imam Ratno sedang mengajak penduduk kampungnya yang sedang lepak untuk pergi ke surau. Ada ceramah agama malam nanti. Katanya, ustaz tersohor dari Kuching nak datang.

Cikgu Mahathir sedang menyampaikan berita dari Thailand, berkenaan kewujudan dua corak kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu kerajaan Agraria dan Maritim.

Kad ini Aku Punya. Ini adalah antara contoh aktiviti permainan yang sempat dijalankan ..

Sekian, terima kasih kepada semua guru yang hadir. Yang tak termasuk dalam gambar tu, maaflah ya, tak perasan. jurukamera sendiri pun tak ada gambar..lupa..Mana-mana gambar yang kabur tu, maafla..sebab ini gambar amatur.

2 comments:

Sangtawal Sakranta said...

Salam ziarah,
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa mengenal serta mengerti sejarah dan jati diri bangsa yang semakin dilupakan!
salam perjuangan.
wassalam.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.